Wednesday 5 October 2016

Penanaman Padi di Sekinchan, Selangor

Assalamualaikum semua :)

Ekin nak berkongsi apa yang Ekin dapat sepanjang pengalaman lawatan kelas Pengeluaran Padi ke Sekinchan.

Bila sebut padi dan Sekinchan, confirm orang akan cakap, "hasil boek ah!" "padi masyuk weh!" "padi diorang terbaik!" mampu dengar saja sebab tak pernah lagi tengok dengan mata sendiri. Jadinya Sabtu lepas bersamaan 1 Oktober berpeluanglah Ekin ke Sekinchan tengok padi di sana.


Sekali sampai disana dan tengok padi di sana dengan mata sendiri, first impression Ekin ialah "wow! dah macam padang, turf, sama sangat! hijau sangat! lawanya!"
Nak dibandingkan dengan padi di tempat tinggal Ekin iaitu Beseri, Perlis memang jauh berbeza.

Sebab ? Pengurusan mereka sangat bagus dan cekap! Kalau di Beseri, Perlis, menggunakan cara lama. Tabur terus, pesawah pula kebanyakannya sudah lanjut usia. Jadi pengurusan mereka tak secekap dan telus pegawai berkenaan.

Biji benih padi disini disemai terlebih dahulu di tapak lain sebelum dipindahkan anak pokoknya (benih yang sudah bercambah)  ke petak sawah.

Ini pensyarah kelas Ekin , Dr Adam Puteh. Sempoi je ^^

Inilah tapak dimana anak benih disemai terlebih dahulu. Semua yang disemai ini telah ditempah terlebih dahulu oleh pesawah. Selalunya, satu petak sawah berukuran 1.2 hektar (bersamaan lebih kurang 3 ekar/4 relung) memerlukan 300 keping (kotak) anak padi ini. Anak padi ini ditanam dalam bekas seakan kotak.

Kita kasi gambar close up sikit keadaan anak padi di tapak semaian sebelum dipindahkan ke petak sawah


Pesawah tanam dengan tangan sendiri ke anak padi semua ni ??

Eh tak la awaaaaak ^^

Tanam dengan paddy transplanter, tadaaaaaa!

Tengok la sekali ditanam dengan mesin, selari saja kan ? Kemas ja nampak ^^


Apabila dah ditanam hari ini, keesokan harinya air akan dilepaskan ke dalam petak sawah. Sistem perairan mereka pun amat bagus dan sistematik. Mereka tidak perlu berebut untuk mendapatkan air seperti pesawah di tempat tinggal Ekin (hehehehehuhuhuhu).
Dalam 4-5 hari, baja sudah boleh diberikan.

Selepas itu, pegawai yang berkenaan akan datang sekali sekala untuk menyelia petak sawah yang berdaftar (penyakit dan sebagainya). 

Betapa sistematiknya penanaman padi di Sekinchan. Apa jenis penanaman sekalipun, persekitaran dan pengurusan bagi impak besar kepada tanaman kita.

Kalau nak bercerita semuanya A-Z, memang banyak. Sebab cara penyediaan medium untuk menyemai benih padi juga ada. Jadi in shaa Allah Ekin akan berkongsi dalam entri yang akan datang.

Okay itu sahaja, terima kasih kerana membaca!


Monday 3 October 2016

Tutorial : Coding Yang Memerlukan URL Gambar

Assalamualaikum.

Kali ini Ekin datang dengan tutorial seperti dalam tajuk. Apabila kita nak masukkan features baru dalam blog, akan ada satu feature yang perlukan gambar kan dan ianya memerlukan URL gambar tersebut.

"Ah sudah! Gambar aku nak masukkan tu ada dalam laptop!"

"Leceh la nak upload dalam Facebook ke memana semata-mata nak dapatkan URL,ugh!"

Okay mudah saja, boleh ikut step ni okay? :-)

1. 
Pergi ke dashboard awak, dan klik pada bahagian bulatan hitam tu (new post)

2. 
Klik pada HTML

3.
Klik pada icon untuk memasukkan gambar seperti biasa

4. 
Pilih gambar yang awak nak dalam laptop awak tu, dan klik pada 'add selected'

5. 
Okay dah muncul segala coding bagai disitu, awak dah boleh ambil URL seperti yang Ekin highlight dalam gambar tu.

Jangan lupa tekan SAVE dan CLOSE. Kalau tidak coding awak tak menjadi. Jangan tekan PUBLISH pulak ye hehehehe.


Selamat mencuba semua!




Tutorial ini disediakan sepenuhnya oleh Ekin dan jika hendak dijadikan post anda minta kebenaran terlebih dahulu terima kasih.