Monday 20 November 2017

Pahit Manis Perjalanan FYP Ekin Yang Hampir Sampai Ke Penghujung

Assalamualaikum kepada sesiapa yang masih baca blog ni (kalau ada la hehe).

Alhamdullilah sekarang Ekin dalam fasa 'thesis writing'. Sekarang sikit lagi thesis Ekin nak siap, tapi kena tunjuk SV dulu untuk dia betulkan mana salah. Nanti 4 Disember hantar kepada second reader, dapat markah lepastu bukukan yeayyy tak sabar nak habis.

Jadinya, Ekin nak share la pengalaman pahit manis sepanjang buat FYP.

Memang takkan smooth macam kita jangka tau. Kalau tak kuat, tak rasional, boleh depressed haha.

First, masa jaga anak pokok cili sebulan dalam tray sebelum pindah ke dalam glasshouse. - POKOK BANYAK MATI SEBAB APHID SERANG.

Masa ni dah gelabah, Allahu, dah la pokok cili amik masa lama nak berbuah, pastu jadi gini pulak. FYP bukan macam master phd, fyp kejap ja masa diperuntukkan. Lepastu mak guna power dia kat sini. Hebat sangat mak, dia tolong cari anak pokok cili yang dah berumur sebulan dekat2 dengan tempat Ekin. Nampak macam senang, tapi susah tau sebab tak banyak orang jual. Lepastu ada yang sold out la. This one dekat Melaka, alhamdulillah dapat. Settle satu masalah.

Lepastu, Ekin punya projek ada 4 treatment untuk pucuk. Apply racun, hormon 4CPA, jasmonic acid dan Brogard. Ada satu hari tu Ekin silap dos apply 4CPA. - perghh semua pokok cili yang dapat treatment tu melecur banyak hari sampai ada yang mati, tak dapat diselamatkan dah ☹☹☹

Masa ni pun cuak sangat takut dah kena repeat balik projek. Whatsapp SV, inform pasal masalah tu, tau SV cakap apa?

"Okay treatment tu boleh dikecualikan."

ALHAMDULILLAH happy sangat. Hehehehe baik betul SV Ekin.

Lepastu lagi kaaan, ha aphid jahat tu datang menyerang lagi. Dia memang kaw2 serang pokok yang Ekin bagi treatment racun dan jasmoni acid. Yang Brogard memang sado. Ada yang mati tau 2 - 3 pokok haih.

Meninggal dah pokok Ekin aphid tu kerjakan


Masa ni dah nak hampir harvest, pokok dah berbuah tapi belum masak. Gigih la Ekin potong bawang, campur air masuk dalam sprayer pastu sembur2 sekeliling kawasan fertigasi Ekin untuk halau aphid tapi sikit ja dia terkesan. Pastu kebetulan SV mintak jumpa dia untuk inform hasil semasa pokok2 cili semua. Ekin inform sekali la pokok mana kena serang aphid dan pokok mana yang mati dan alhamdulillah lagi sekali SV okay boleh terus harvest, tak perlu tunggu semua masak.

ALHAMDULILLAH. Banyak kawan2 tolong harvest, seharian wehhh bukan senang, kena cabut satu pokok tu amik buah, daun, batang dan akar untuk dikaji. Penat, barai, to name a few hahaha.

Dah siap kemas tapak projek, penat serius


Sapa yang dapat SV Ekin, Prof Razi, kalau tak SADO, tak bagi KOMITMEN, better tukar SV lain. Tapi Prof Razi memang baik sangat2. Banyak tolong Ekin dari penyediaan slide untuk Proposal Presentation sampailah sepanjang projek walaupun prof sangat sibuk.

Doakan Ekin dipermudahkan untuk menyiapkan thesis tauuuuuuuuuuuuuuuu!