Thursday, 23 August 2018

Perkara yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Membeli Sebarang Produk Penjagaan Wajah

Assalamualaikum semua 😘

Sekarang ni banyak kan produk viral sebab orang tu guna dan berkesan? Ingat tau, jangan terus beli dan anggap akan berkesan jugak untuk kita ya. Sebaliknya kita fikir sebaiknya dahulu sebelum membuat keputusan.

Antara perkara yang perlu kita pertimbangkan adalah:

1. Mana produk tu datang? Ya la, sekarang banyak tau produk "sampah", "timbang kilo" wujud dan membahayakan pengguna. Haaa bila dah yakin produk tu selamat dan berkualiti, timbangkan perkara lain pula.

2. Ketahui kulit wajah kita. Normal? Berminyak? Kering? Mudah berjerawat? Sebabnya, keperluan kulit berbeza ya. Comtohnya mask. Kalau kulit kering, seeloknya menggunakan mud mask manakala jika kulit berminyak, seeloknya menggunakan clay mask.

3. Reviews pengguna. Jika berminat dengan sesuatu produk tersebut, gigihkan diri kita tu cari review pengguna, apa kata dan komen mereka mengenai produk itu. Kalau Ekin, Ekin banyak baca review sebelum beli produk tertentu. Ekin banyak cari kat twitter dan blog.

Okay, dah yakin dengan produk tu? Apalagi, pergi beli dengan yakin ya hehe. Kalau produk tu ada saiz kecil, better beli saiz kecil dulu ya? Sebabnya kalau produk tu tak sesuai dengan kulit muka kita, tak la rasa rugi hehe.

Okay itu sajalah yang dapat Ekin kongsikan. Semoga bermanfaat!