Thursday 23 August 2018

Perkara yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Membeli Sebarang Produk Penjagaan Wajah

Assalamualaikum semua 😘

Sekarang ni banyak kan produk viral sebab orang tu guna dan berkesan? Ingat tau, jangan terus beli dan anggap akan berkesan jugak untuk kita ya. Sebaliknya kita fikir sebaiknya dahulu sebelum membuat keputusan.

Antara perkara yang perlu kita pertimbangkan adalah:

1. Mana produk tu datang? Ya la, sekarang banyak tau produk "sampah", "timbang kilo" wujud dan membahayakan pengguna. Haaa bila dah yakin produk tu selamat dan berkualiti, timbangkan perkara lain pula.

2. Ketahui kulit wajah kita. Normal? Berminyak? Kering? Mudah berjerawat? Sebabnya, keperluan kulit berbeza ya. Comtohnya mask. Kalau kulit kering, seeloknya menggunakan mud mask manakala jika kulit berminyak, seeloknya menggunakan clay mask.

3. Reviews pengguna. Jika berminat dengan sesuatu produk tersebut, gigihkan diri kita tu cari review pengguna, apa kata dan komen mereka mengenai produk itu. Kalau Ekin, Ekin banyak baca review sebelum beli produk tertentu. Ekin banyak cari kat twitter dan blog.

Okay, dah yakin dengan produk tu? Apalagi, pergi beli dengan yakin ya hehe. Kalau produk tu ada saiz kecil, better beli saiz kecil dulu ya? Sebabnya kalau produk tu tak sesuai dengan kulit muka kita, tak la rasa rugi hehe.

Okay itu sajalah yang dapat Ekin kongsikan. Semoga bermanfaat!

Wednesday 22 August 2018

Bacelor Sains Pertanian Universiti Putra Malaysia, BEST!

Assalamualaikum pembaca cantik dan kacak sekalian.

Bacelor Sains Pertanian?

"alaaaa tanam sayur gitu-gitu ja aku pun boleh"
"lepas grad tanam pokok ja la kan? nenek aku pun pandai"
"pegang cangkul ja kan?"

Tak dinafikan, tak semua tahu lebih lanjut apa yang Bacelor Sains Pertanian tawarkan kepada pelajar jika tiada yang memberi pendedahan. Jangan melenting, sebaliknya kita dedahkan ツ

Kenangan menjalani latihan industri Bacelor Sains Pertanian di Luxembourg, Eropah
Ekin bakal bergraduat pada bulan Oktober 2018. Jadinya, Ekin rasa nak berkongsi kursus yang akan diambil oleh pelajar Bacelor Sains Pertanian. Sehingga kini, jumlah kredit yang perlu diambil pelajar ialah sebanyak 136 dimana dalam 136 kredit tersebut termasuk kursus UNIVERSITI, kursus TERAS, kursus ELEKTIF dan kursus LAIN-LAIN (kursus luar fakulti). Jom kita baca senarai dibawah ya ☺️

Kursus Universiti (semua kursus wajib diambil)
BBI2423
INTERAKSI DAN PEMBENTANGAN AKADEMIK
BBI2424
PENULISAN AKADEMIK
ECN3100
PRINSIP EKONOMI
KOM3403
PENGUCAPAN AWAM
PRT2008
PERTANIAN DAN MANUSIA
QKB2107
BATIK CANTING
QKK2101
BAKTI SISWA
SKP2101
KENEGARAAN MALAYSIA
SKP2203
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
SKP2204
HUBUNGAN ETNIK

Kursus Teras (semua kursus wajib diambil)
AGR3001
AMALAN LADANG: TANAMAN MAKANAN
AGR3002
AMALAN LADANG: TANAMAN PERLADANGAN
AGR3101
BOTANI PERTANIAN
AGR3102
PRINSIP SAINS RUMPAI
AGR3204
PEMBIAKBAKAAN TUMBUHAN
AGR3301
FISIOLOGI TANAMAN
AGR3501
TANAMAN PERLADANGAN
AGR3502
TANAMAN MAKANAN
AKU3201
PRINSIP AKUAKULTUR
EPT3102
EKONOMI PERTANIAN
PLP3104
ENTOMOLOGI ASAS
PLP3204
PATOLOGI TUMBUHAN ASAS
PPT3701
KEUSAHAWANAN PERTANIAN
PRT3006
PRINSIP PERTANIAN LESTARI
PRT3201
ASAS STATISTIK BAGI SAINS PERTANIAN
PRT3202
REKA BENTUK DAN ANALISIS EKSPERIMEN
PRT3401
KIMIA PERTANIAN
PRT3402
BIOKIMIA PERTANIAN
PRT4901
LATIHAN INDUSTRI
PRT4999A
PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR
PRT4999B
PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR
SHW3001
PRINSIP PENGELUARAN TERNAKAN
SHW3003
AMALAN LADANG : PENGELUARAN TERNAKAN
SST3005
SAINS TANAH ASAS
SST3603
PENGURUSAN KESUBURAN TANAH
TKP3201
PENGEMBANGAN PERTANIAN
TKP3501
MEKANISASI PERTANIAN DAN PENGAIRAN

Kursus Elektif (tidak semua kursus wajib diambil, pilih beberapa sahaja dan mencukupi bilangan kredit yang ditetapkan untuk kursus elektif. yang Ekin highlight adalah yang Ekin pilih)
AGR3609
TANAMAN INDUSTRI II: KELAPA, KOKO, KOPI, TEH DAN TEBU
AGR4101
BOTANI PERTANIAN LANJUTAN
AGR4102
TEKNOLOGI BIJI BENIH
AGR4104
SAINS RACUN HERBA
AGR4203
GENETIK KUANTITATIF
AGR4301
FISIOLOGI TANAMAN LANJUTAN
AGR4401
PEMAKANAN TANAMAN
AGR4501
PENGURUSAN PASTURA
AGR4503
PENGELUARAN TANAMAN PADI
AGR4507
PENGELUARAN TANAMAN PERLADANGAN- KELAPA SAWIT
AGR4508
PENGELUARAN TANAMAN PERLADANGAN- GETAH
AKU3101
SAINS PERIKANAN
AKU3103
IKTIOLOGI
AKU3301
GENETIK DAN PEMBIAKBAKAAN IKAN
AKU3302
TEKNOLOGI PEMBENIHAN IKAN DAN PENGURUSAN FRI
AKU3401
PEMAKANAN AKUAKULTUR
DCE3304
PERANCANAAN PROGRAM PENDIDIKAN DEWASA
DCE3311
PRINSIP PENDIDIKAN DEWASA
DCE3406
KEPEMIMPINAN DALAM PENGEMBANGAN & PEMBANGUNAN MASYARAKAT
DCE3411
PEMBANGUNAN SUMBER MASYARAKAT
EPT3101
EKONOMI BIOINDUSTRI
EPT3201
EKONOMI PENGELUARAN PERTANIAN
EPT3202
PENGURUSAN LADANG
EPT4201
ANALISIS KEPUTUSAN PERTANIAN
EPT4301
PEMASARAN PERTANIAN
EPT4401
KEWANGAN PERTANIAN
EPT4501
EKONOMI DAN DASAR PEMBANGUNAN PERTANIAN
EPT4602
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM EKONOMI PERTANIAN
HRT3000
PENGELUARAN TANAMAN HORTIKULTUR
HRT3401
FISIOLOGI LEPAS TUAI
HRT3501
PENGENALAN REKABENTUK LANDSKAP
HRT4101
KULTUR TANPA TANAH
HRT4102
PERTANIAN PERSEKITARAN TERKAWAL
HRT4301
KULTUR ORKID
HRT4401
PENGAWALATUR TUMBESARAN TUMBUHAN
HRT4601
PENGURUSAN RUMPUT TURF
HRT4701
PEMBIAKAN MIKRO TUMBUHAN
PLP3105
PENGURUSAN PEROSAK BANDARAN
PLP4001
PENGAWALAN PEROSAK
PLP4002
TEKNIK PENGGUNAAN RACUN PEROSAK
PLP4003
KAWALAN BIOLOGI PEROSAK TANAMAN
PLP4101
ENTOMOLOGI
PLP4102
APIKULTUR
PLP4201
PATOLOGI TUMBUHAN
PPT3401
PERAKAUNAN PERNIAGAANTANI
PPT4202
PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PROJEK PERNIAGAANTANI
PRT4002
PERTANIAN PERSIS
PRT4041
SISTEM PENGELUARAN ORGANIK
PRT4201
PENILAIAN SUMBER PERTANIAN
PRT4301
PERMODELAN DAN SIMULASI KOMPUTER DALAM PERTANIAN
SHW3406
PRINSIP PEMAKANAN TERNAKAN
SHW3503
PRODUKSI TERNAKAN PEDAGING
SHW3504
PRODUKSI TENUSU
SHW3512
PRODUKSI POLRTI
SHW3513
PRODUKSI BABI
SHW4103
PRODUKSI RUMINAN KECIL
SHW4105
SAINS DAGING
SHW4201
FISIOLOGI PERSEKITARAN
SST3201
TANAH DI MALAYSIA
SST3502
EKOLOGI TANAH
SST3802
PENGURUSAN SISA PERTANIAN
SST4201
PEMBENTUKAN DAN PENGELASAN TANAH
SST4302
FIZIK TANAH
SST4303
PEMULIHARAAN TANAH
SST4304
PERUBAHAN IKLIM DAN PERTANIAN
SST4402
KIMIA TANAH
SST4501
MIKROBIOLOGI TANAH LANJUTAN
SST4601
KESUBURAN TANAH II
SST4701
MINERALOGI TANAH
SST4801
SAINS TANAH KESEKITARAN
TKP3001
TEKNOLOGI PERTANIAN MODEN
TKP3104
BIOTEKNOLOGI PERTANIAN
TKP3301
TAMAN PERTANIAN REKREASI
TKP3401
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNTUK PERTANIAN
TKP4201
PEMINDAHAN TEKNOLOGI PERTANIAN
TKP4202
KOMUNIKASI PERTANIAN
TKP4203
PERENCANAAN PROGRAM PENGEMBANGAN PERTANIAN

Kursus Lain-lain; kursus luar fakulti (yang disenaraikan dibawah ini ialah senarai kursus yang Ekin ambil sahaja sebab kalau nak senaraikan semua kursus luar fakulti (kursus di semua fakulti lain) sangat banyak haha. bila dah masuk Bacelor Sains Pertanian baru awak-awak semua akan tahu kursus yang wujud yang layak awak ambil)
BBI2422
MEMBACA UNTUK TUJUAN AKADEMIK
BBT2401
BAHASA THAI I
CEL2101
VOCABULARY AND GRAMMAR FOR COMMUNICATION
CEL2102
EFFECTIVE LISTENING AND SPEAKING
CEL2107
WRITTEN BUSINESS COMMUNICATION
EDU3617
UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM
EMG3001
MANUSIA DAN ALAM SEKITAR
LAX2011
MY COMIC STRIP
LAX2012
UPM VIMAG
LAX2023
MUSIC VIDEO
LAX2024
PUBLIC SERVICE ANNOUNCEMENT VIDEO
Okay Ekin nak cerita sikit pasal LAX yang ada dalam kursus Lain-lain. LAX ni semua wajib ambil tau sebenarnya. Kedepan Ekin tak tahu masih wujud atau tak LAX ni tapi sekarang masih ada. LAX ni kan bukan kursus belajar dalam kelas tapi kerja berkumpulan. Masa daftar kursus ni, awak akan diberikan satu group yang terdiri dalam beberapa ahli mengikut kod LAX tertentu. Ahli group awak tu akan ada yang bercampur dengan pelajar fakulti lain. Kalau nasib baik, pandai daftar, awak boleh group dengan kawan-kawan awak hehe.

So apa kena buat dalam LAX ni? LAX ni tak termasuk dalam jadual awak langsung. Awak dan ahli awak kena tetapkan sendiri masa nak berjumpa. Sebab, LAX ni kena rakam video. Contoh ya, Ekin ambil LAX2023 Music Video. Perjumpaan pertama, rakam perbincangan nak buat music video apa. Perjumpaan kedua, rakam perbincangan tugas setiap ahli dalam melaksanakan music video. Perjumpaan ketiga, buat music video. Semua ni kena upload dalam youtube dan send URL dekat pensyarah yang handle awak. Kalau bab kehadiran, kalau dalam kelas kita akan sign attendance kan? Tapi untuk LAX, pensyarah akan tengok awak hadir atau tak dalam video tu la. Haaa LAX ni awak kena cakap bahasa Inggeris tau. Itulah sedikit sebanyak pasal LAX.

Itu sajalah yang dapat Ekin kongsikan mengenai Bacelor Sains Pertanian UPM. Best? Ekin suka sangat! Best killer! Hehehehe ツ

Kalau ada apa-apa nak tanya Ekin pasal Bacelor Sains Pertanian, bolehlah comment dibawah, tinggalkan email untuk Ekin reach awak ya. Semoga perkongsian Ekin bermanfaat ya!

Sunday 19 August 2018

Latihan Industri di Benua Impian, Eropah! (Biekerecher Gemeisgaart, Luxembourg)

Assalamualaikum pembaca setia sekalian.

Maaf Ekin jarang menulis. Ekin suka sangat menulis cumanya tak seberapa ada benda bernilai yang Ekin nak kongsikan. Jadi kalini Ekin nak share benda best hehe.

Sebagai pelajar tahun akhir Bacelor Sains Pertanian UPM, kami perlu jalani latihan industri selama 6 bulan. Jadinya Ekin bahagi kepada dua. 3 bulan pertama di Luxembourg, 3 bulan terakhir di Malaysia. (3 bulan pertama; Februari - April dan 3 bulan terakhir, Mei - Julai)

Ladang tempat Ekin jalani latihan industri, Biekerecher Gemeisgaart yang terletak di Beckerich, Luxembourg, Europe

Happy? Terlampau. Eropah kot, impian besar ni. Dulu berangan masa umur 40 an macamtu baru dapat sampai eropah. Sekali, Allah izinkan sampai masa umur 23 alhamdulillah.

Best? Best giler! Bos baik, jiran-jiran baik, semua baik tau. Masa kami mula-mula sampai, salji mula turun yeaay rezeki! Esoknya pukul 5 pagi macamtu kami keluar main salji sebab dah terjaga awal dari tu. Kami tidur awal sebelum tu sebab isyak masuk awal.

Hehehehe okay Ekin nak cerita pasal pengalaman di ladang ni. Ladang ni ladang organik tau. Racun ka baja kimia ka langsung bos tak guna. Okay bos nama Ms Klein Wilhelm Thessy. Ekin panggil Ms Thessy. Ekin dan 4 lagi rakan duduk bersama satu rumah yang disediakan oleh Ms Thessy bersama wifi dan juga pelbagai jenis makanan termasuk beras. Yang tak ada cuma daging, ayam dan ikan. Yang tu kalau nak, kena ke bandar cari sendiri.

Okay berbalik ke ladang. Ms Thessy tak sokong tau penggunaan racun apa semua ni. Ladang dia cuma guna kompos tahi kuda ja semata. Tapi memang elok la tanah dia, banyak cacing weh. Sayur macam-macam jenis ditanam. Ni gambar-gambarnya:



Haa ini yang dalam greenhouse ja tau. Belum lagi dekat luar. Okay Ekin nak share gambar-gambar beserta caption memasing. Enjoy!

Keadaan greenhouse masa hari pertama Ekin bekerja. Kerja pukul 8 sampai 1 petang sahaja ya. Memasing pakai coat. Belum kira lagi baju kat dalam berapa lapis. Sejuk weh salji kat luar tu.
Masani tengah harvest Topinambour. Tengok macam best kan kerja dalam salji. Padahal masani macam nak nangis memasing sebab kaki tangan terlalu sejuk, kebas, rasa nak meletup. Seorang girl coat biru tu orang Luxembourg jugak. Nama dia Saskia.

Air dari kompos tahi kuda

Slug ni sangat banyak kat ladang ni dan dia merupakan perosak yang teruk, gituuuu. Dia makan daun sayur-sayur semua macam tak ada hari esok tau. Kalau nampak ja kami perlu kutip dan ada beberapa pilihan untuk bunuh dia. Pertama letak kat tempat terbuka dan panas, kedua letak dalam botol berisi air huhuhuhu.

Biji benih

Anak-anak pokok yang Ms Thessy beli di Jerman

Sayuran yang kami harvest

Bekal bawak ke ladang, lapar ja berhenti makan. Masani kat belakang rumah Ms Thessy, Ekin dan seorang lagi rakan assigned untuk buat kerja kat sini

Swafoto!

Dekat ladang ja tau ni, lawa sangat. Kenal tak ni bunga apa hehe


Rakan-rakan Ekin


Itu saja dari Ekin, jumpa lagi di entry yang lain ya! Bye!