Assalamualaikum pembaca setia sekalian.
Maaf Ekin jarang menulis. Ekin suka sangat menulis cumanya tak seberapa ada benda bernilai yang Ekin nak kongsikan. Jadi kalini Ekin nak share benda best hehe.
Sebagai pelajar tahun akhir Bacelor Sains Pertanian UPM, kami perlu jalani latihan industri selama 6 bulan. Jadinya Ekin bahagi kepada dua. 3 bulan pertama di Luxembourg, 3 bulan terakhir di Malaysia. (3 bulan pertama; Februari - April dan 3 bulan terakhir, Mei - Julai)
![]() |
Ladang tempat Ekin jalani latihan industri, Biekerecher Gemeisgaart yang terletak di Beckerich, Luxembourg, Europe |
Happy? Terlampau. Eropah kot, impian besar ni. Dulu berangan masa umur 40 an macamtu baru dapat sampai eropah. Sekali, Allah izinkan sampai masa umur 23 alhamdulillah.
Best? Best giler! Bos baik, jiran-jiran baik, semua baik tau. Masa kami mula-mula sampai, salji mula turun yeaay rezeki! Esoknya pukul 5 pagi macamtu kami keluar main salji sebab dah terjaga awal dari tu. Kami tidur awal sebelum tu sebab isyak masuk awal.
Hehehehe okay Ekin nak cerita pasal pengalaman di ladang ni. Ladang ni ladang organik tau. Racun ka baja kimia ka langsung bos tak guna. Okay bos nama Ms Klein Wilhelm Thessy. Ekin panggil Ms Thessy. Ekin dan 4 lagi rakan duduk bersama satu rumah yang disediakan oleh Ms Thessy bersama wifi dan juga pelbagai jenis makanan termasuk beras. Yang tak ada cuma daging, ayam dan ikan. Yang tu kalau nak, kena ke bandar cari sendiri.
Okay berbalik ke ladang. Ms Thessy tak sokong tau penggunaan racun apa semua ni. Ladang dia cuma guna kompos tahi kuda ja semata. Tapi memang elok la tanah dia, banyak cacing weh. Sayur macam-macam jenis ditanam. Ni gambar-gambarnya:
Haa ini yang dalam greenhouse ja tau. Belum lagi dekat luar. Okay Ekin nak share gambar-gambar beserta caption memasing. Enjoy!
Keadaan greenhouse masa hari pertama Ekin bekerja. Kerja pukul 8 sampai 1 petang sahaja ya. Memasing pakai coat. Belum kira lagi baju kat dalam berapa lapis. Sejuk weh salji kat luar tu. |
0 comment(s):
Post a Comment
Please drop your comments that might contributes new ideas and build more and more positive vibes among us.