Sunday 16 April 2017

Permulaan Final Year Project Ekin sebagai Pelajar Ijazah Sains Pertanian

Assalamualaikum semua. Macam biasa la, entry Ekin satu tahun satu saja hoho.

Sekarang, Ekin sedang baca journal berkaitan dengan Final Year Project Ekin sebagai pelajar Ijazah Sains Pertanian. Musuh utama sekarang ialah MALAS, Allahu. Susah nak lawan dia. Macam nak lawan gergasi.

Ekin punya final year project berkaitan cili. Tajuk panjang, tapi Ekin tulis sikit ja ya,

"Shoot and Root Manipulation of Chili to Enhance Yield"

Ekin tanam menggunakan sistem fertigasi. Air dan baja disalurkan secara automatik.

Nanti, kalau Ekin rajin, Ekin nak selalu update progress FYP Ekin disini. Yala, ilmu yang Ekin dapat, rasa bersalah kalau tak dikongsikan. Kalau boleh, nak jadikan blog Ekin penuh dengan ilmu yang Ekin belajar disini, dan juga agar ramai orang buka mata dan sedar, Ijazah Sains Pertanian bukan sekadar menjadi petani, tapi senang cakap, doktor pokok. Segala psikologi pokok yang sukar petani fahami, kami boleh sampaikan dengan bahasa yang mudah.

Yala, tanpa pertanian, mana nak datang nasi, ayam goreng, pisang goreng, dan segala makanan yang wujud kan?

Okay, berbalik kepada fyp Ekin.

Cili kesayangan Ekin yang dah berusia 2 minggu
Setiap harilah kena datang fakulti selama sebulan siram anak-anak Ekin ni. Lepastu pindahkan dorang ni ke pasu (aik bukan polibeg ke?). Hehe biasanya polibeg tapi Ekin bertuah kali ni sebab supervisor Ekin suruh guna pasu putih cantik ni.

Pasu cantik dah, harap pokok dan hasil cantik lah ye
2 minggu lagi Ekin akan pindahkan anak-anak Ekin ke pasu ni dan set up sistem fertigasi.

Jadi, setakat tu lah ye mengenai permulaan fyp Ekin. Nanti progress Ekin update lagi (kalau rajin la ekekekeke).

No pain, no gain kan?

1 comment:

  1. assalam cik ekin...boleh ceritakan lebih lanjut tak berkenaan tajuk FYP cik ekin...maaf sem ni saya fyp dan tajuk cik nampak menarik

    ReplyDelete

Please drop your comments that might contributes new ideas and build more and more positive vibes among us.